Assalamualaikum
& Selamat Sejahtera,
Tuan/puan Warga
SEML
Semoga semuanya
sejahtera dalam rahmat dan berkat Ilahi.
Adalah saya
diarah untuk memaklumkan bahawa pelajar RLM (Praktikum Keguruan) ISMP 2016 yang
telah ditempatkan di Kelantan, Terengganu, Perak dan Pulau Pinang akan
ditempatkan semula di Kedah dan Perlis. Hal
ini bertujuan untuk mengoptimumkan perbelanjaan.
Pelajar yang
telah ditempatkan di Kedah dan Perlis sebelum ini akan kekal seperti penempatan
awal. JK RLM sedang bertungkus-lumus menguruskan penempatan baru pelajar.
Surat rasmi
kepada setiap pelajar di alamat masing-masing bagi memaklumkan penempatan baru
akan dihantar pada 1 Februari 2016.
Perkembangan
semasa RLM akan dilapor melalui blog http://myrlm2016.blogspot.my
Sekianlah untuk
makluman dan tindakan tuan/puan.
Bersama jayakan
RLM kita.
Dr. Yus'aiman
Jusoh @ Yusoff,
Penyelaras
Rancangan Latihan Mengajar (RLM),
Pusat Pengajian
Pendidikan dan Bahasa Moden,
UUM College of
Arts and Sciences,
Universiti Utara
Malaysia.
No comments:
Post a Comment