Wednesday, January 13, 2016

KENYATAAN PERUBAHAN TEMPAT PRAKTIKUM KEGURUAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kepada Semua Pelajar ISMP di Negeri Kelantan, Terengganu, Perak dan Pulau Pinang

Untuk makluman kepada Pelajar ISMP yang terlibat, pihak Pengurusan SEML telah memutuskan untuk membuat rombakan penempatan pelajar praktikum keguruan bagi negeri-negeri berkenaan seperti Kelantan, Terengganu, Perak dan Pulau Pinang.  Penempatan semula pelajar-pelajar praktikum keguruaan akan hanya dibuat di dua (2) negeri sahaja iaitu negeri Kedah dan Perlis. Rombakan ini dibuat berdasarkan situasi kewangan yang dihadapi sekarang oleh pihak Pusat Pengajian dan Universiti amnya.

Pihak SEML memohon maaf di atas perubahan tempat ini secara mendadak kerana pihak SEML baru mendapat informasi dari Bendahari UUM mengenai masalah kewangan yang dihadapi sekarang ini. Pihak SEML amat memahami masalah yang dihadapi oleh saudara/saudari. Pihak SEML akan cuba memikirkan mekanisme yang terbaik untuk menangani masalah ini.

Justeru itu, dengan rendah diri kami dari pihak Pengurusan SEML memohon jutaan maaf kepada seluruh pelajar yang terlibat di atas kesulitan ini. Semoga kita tabah menghadapi situasi ini dengan baik dan penuh berhemah. Pihak SEML mendoakan agar seluruh pelajar ISMP Berjaya dalam praktikum keguruan dan menjadi guru yang cemerlang.

Sekian terima kasih


PENGURUSAN SEML

No comments:

Post a Comment