Wednesday, February 24, 2016

Makluman tentang kedudukan Guru Pembimbing Praktikum Keguruan ISMP 2016


Sepertimana yang kita sedia maklum, semua institusi dalam negara sedang dalam proses mengoptimumkan perbelanjaan dan pengurusan kewangan.

Sehubungan itu, untuk tujuan Praktikum Keguruan ISMP 2016, dukacita dimaklumkan bahawa Guru Pembimbing di sekolah tidak dapat diberi sagu hati oleh Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden.

Pusat Pengajian menyerahkan pada pihak sekolah untuk melantik Guru Pembimbing kepada setiap Guru Pelatih dan amat berharap serta yakin Guru Pembimbing berkenaan dapat memberikan bimbingan dengan ikhlas demi kepentingan pendidikan guru dan kecintaan mereka  terhadap profesion keguruan.


Dr. Yus'aiman Jusoh @ Yusoff,
Penyelaras Rancangan Latihan Mengajar (RLM),
Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden,
UUM College of Arts and Sciences,
Universiti Utara Malaysia.





No comments:

Post a Comment